Afiq
:
[Menutup pintu bilik dan berdiri di hapadan cermin]
Dengan izin Allah, Perlihatkanlah dirimu!!!

Kyle

:

[Muncul imej di dalam cermin] Lepaskan aku, bedebah!!! Sampai bila kamu mahu aku terkurung di sini?!!!
Afiq
:
Akan tiba waktu dan ketikanya.
Kyle
:
Aku berkehendakkan perjanjian!!!
Afiq
:
Hah! Aku tidak akan sekali-kali membuat penjanjian dengan kamu.
Kyle
:
[Bertempik dengan suara yang nyaring] Kau rampas kebebasan aku...
Afiq
Kyle

Afiq


Kyle


Afiq
Kyle

Afiq

Kyle

Afiq

Kyle





Afiq





Kyle

Afiq
Kyle





Afiq
Kyle







Afiq


Kyle


Afiq
Kyle




Afiq
Kyle








Afiq



Kyle




Afiq

Kyle








Afiq














Kyle




Afiq
Kyle



Afiq




Kyle
Ady


Afiq
:
:

:


:


:
:

:

:

:

:





:





:
  
:
:





:
:







:


:


:
:




:
:








:



:




:

:








:














:




:
:



:




:
:


:




Dan kau rampas ingatan aku... Aku rasa itu adil bukan?
Jadi sekarang, atas alasan apa kamu datang menyeru namaku? [Sengaja mengubah tajuk perbualan]
Aku berkehendakkan sedikit ingatan yang pernah kau rampas dulu. Berikanlah aku walaupun sedikit. Seorang sahabatku buntu akannya.
[Ketawa dengan angkuh sambil sengaja menampakkan lidahnya yang berwarna ungu] Apa imbalannya? Kamu harus sedar setiap ingatan yang kamu minta ada harganya!!!
Aku tidak akan bayar apa-apa....
Jadi kau akan membiarkan sahabatmu itu tanpa sebarang jawapan.
Dan kau akan terus kekal dalam dunia cermin ini sampai bila-bila.
Arghhh!!! [Bertempik sambil mengibas-ngibas kedua-dua sanyapnya] Kau memang licik!!! Pengecut!!!
Andai cermin ini pecah, kau akan lenyap menjadi sehancur-hancur kejadian. Jadi apa percaturan kamu sekarang?
Aku benci tinggal di sini. Semuanya terbalik. Kanan jadi kiri, kiri jadi kanan. Dunia di luar sana sama dengan dunia di dalam, cuma dunia di dalam ini aku keseorangan. Aku hanya mampu melihat semua orang melalui cermin sahaja. Selagi mana ada cermin, di situ ada aku. Bila kau akan lepaskan aku?!!!
Suatu hari nanti. Tapi sekarang kau kena akur. Aku berlajar dan membuat kerja di hadapan cermin, di hadapan kau. Setiap kali aku pergi ke kuliah kau ada di setiap cermin tingkap. Begitu juga di perpustakaan. Ceritakan kepadaku apa yang aku lupa, apa yang kau rampas, supaya dapat aku ceritakan semula kepada sahabatku itu. Ceritakan apa yang aku buat.
Baiklah, tapi ingat, suatu hari nanti aku akan datang menuntut janji. [Menarik nafas dengan dalam]
Atas nama cermin...Antara kau, aku dan cermin....
Cermin tidak pernah menipu...
Kau sebenarya, bukanlah datang dari golongan cerdik pandai. Kau tidak sekali-kali suka orang mengelarkan diri kau sebagai bijak. Tapi kau bersetuju jika orang memanggil   kau si rajin. Padaku kau adalah si dungu yang tulen. [Sambil ketawa tanda mengutuk]
Teruskan... Aku tidak lapar dengan pendapatmu.
[Mencemikkan muka sambil mengaru-garu hidungnya yang tidak gatal] Sebelum kuliah bermula, kau sengaja memalingkan muka dari pandangan aku. Kau baca apa yang bakal diperturunkan sehari lebih awal atau satu semester lebih awal. Padaku kau memang orang yang lembap, tidak seperti teman-teman yang lain, bijak dan cepat menangkap. Padaku juga kau memang si dungu yang tulen. [Menyeringai, tetapi kali ini sambil meloncat-loncat keriangan]
[Dalam hati – ko nak kena tumbuk ke? Aku dah lama bersabar dengan ko ni!!!] Ehem...Aku ini penyabar orangnya. Aku tidak akan sekali-kali tewas dengan permainan kau.   Teruskan...
Penyabar? [Berguling-guling sambil menahan senak di perut] Kau lupa, aku pernah menang.   Kau hanya memilih sebilangan guru untuk dihormati. Pada yang lain, tidak begitu!!!
Kau tipu....
Cermin tidak pernah menipu!!! Kau lupa? Apa yang kau nampak adalah apa yang kau ada. [Mendabik dada tanda gembira kerana merasakan kata-katanya tidak dapat lagi disangkal] Sebab itu ilmu yang diperturunkan itu tidak pernah lekat, jauh sekali untuk menjadi berkat.
Teruskan... aku tidak punya banyak masa.
Kau sentiasa pastikan diri kau berwuduk, setiap masa... Kemudian kau pastikan gambar foto ibumu di atas meja tulis itu tidak berhabuk.. Mengapa mesti ibu? Padaku kau memang si dungu yang tulen. Lihat ini [Dengan bangga menunjukkan gambar gadis entah dari mana, yang disimpan di dalam handphone nya] Aku pelik, mengapa ya setiap kali exam, kau mesti telefon ibu kamu dan mohon diri kamu dimaafkan. Hari Lebaran setahun sekali dong...[Mengaru-garu kepala, resah kerana tidak mengerti]. 
[Dalam hati – Sure, minah dalam gambar tu ntah gadis seberang mana la yang dia “hangkut”... Lantak pi la] Teruskan... kamu kena ingat kalau pintu ini terbuka kamu kena cepat-cepat hilangkan diri.
[Mencemikkan muka sekali lagi, benci dirinya di arah-arah] Kamu tidak pernah kedekut, kamu upload nota di blog, kau akan ajar teman-teman kamu sampai mereka faham sedang kamu masih tidak bersedia untuk diri kamu sendiri. Padaku kau memang...
Lagi sekali kau sebut perkataan tu, aku hempas cermin ni ke bawah!!!
[Menutup mulut dengan kedua-kedua tapak tangannya] Aku berterima kasih kepada kamu kerana setiap kali kamu berdoa selepas solat, kamu mendoakan kesejahteraan diri aku sekali   [Menyerigai, urat-urat pipinya yang bercahaya-cahaya itu timbul dengan tiba-tiba] walaupun aku tidak henti-henti mengganggumu walaupun sudah lewat malam. Kamu sering amalkan membaca “Allahhumma yassir wala tu‘assir” supaya urusan kamu dipermudahkan. Kamu juga sering mengatakan bahawa exam itu, 70% adalah...
Kemampuan kita untuk menerangkan sesuatu yang telah kita berlajar dalam ayat yang dapat merefleks kefahaman kita dalam masa yang singkat. Oleh sebab itu, term yang digunakan mesti tepat, facts dan judgment dalam cases mesti tepat, berbanding dengan kita dengar facts dan judgment yang diceritakan dari mulut ke mulut orang lain. [Family law – “Go to the root of the marriage”] Sukar untuk kita terangkan balik dalam bahasa peperikasaan. So kena baca actual kes atau summary kes sendiri. 30% yang selebihnya adalah aplikasi. Cara untuk menguasai 30% ini adalah dengan membuatkan lecturer impress dengan jawapan   kita. Kemahiran itu hanya ada pada maklumat dalam buku rujukan dan maklumat tambahan yang memang tak diajar dalam kelas [Terutamanya International Law dan judgment cases baru]. Jadi sebab itu kena rajin cari benda extra. Yang tu aku ingat... teruskan.
Kamu tidak suka tangguh kerja dan sentiasa pastikan nota kamu siap setiap kali habis tajuk   baru. Jadi study week adalah week untuk kamu menghafal dan bukan week untuk kamu buat nota. Tapi aku lihat untuk Jurisprudence tidak pula kamu buat macam tu? Kenapa ya [Tersengih-sengih].
[Dalam hati - Oh...kantoi..... kesian Pak Brahim] Teruskan...
Duit pinjaman, kamu utamakan untuk beli barang-barang belajar dulu, bayar bil broadband supaya senang kamu buat research, kamu print past years, kamu beli buku original. Kata nak beli external hard disk? Bila? Pada aku kau memang si....
[Mengangkat cermin tinggil-tinggi seolah-olah hendak menghempasnya ke lantai] Dah itu duit aku, ko sibuk kenapa? Duit tu amanah, if tak apply betul-betul kira dah pecah amanah la. Pecah amanah tu dah macam kategeri khianat la. Dosa-dosa besar tu termasuklah macam....
Ya.....aku faham, letak aku balik..ampun, ampun....
[Pintu tiba-tiba diketuk]
Afiq cakap dengan sape tadi? Ady nak pinjam broadband kejap boleh tak?
Oh Ady... [Kyle hilang] Boleh-boleh, tak guna pun broadband tu..ambik la. [Bercakap sendirian - Nak kena call kak yah ni... Solat asar dulu.]

[Kyle: Bila tiba masanya, aku akan datang menuntut janji!!!]